Saturday, December 6, 2014

Resepi Lamb Noodle Korean Delight dengan Serunding

 
Menu Breakfast dari Serunding Mokku | Mee Basah berkicap ala Korean Spicy dengan renesan sup kambing pasti membuatkan sesiapa saja menitiskan air mata ketika menikmatinya. Citra rasa diserikan lagi dengan tambahan sambal serunding mokku , membuatkan kita terus terpejam mata, membiarkan untuk seketika didalam mulut dan rasa sayang untuk menelannya...

Resepi
Bahan-bahanya:
1. Bawang Putih
2. Bawang Merah
3. Cili Kering/ Api
4. Lada Benggala
5. Halia
6. Kicap
7. Mee Kering
8. Daging Kambing ( Terpulang kepada Jumlah Hidangan )
9. Sos tiram ( Terpulang samada perlukan atau tidak)

Cara-Cara 
1. Perapkan daging kambing dengan bawang putih,bawang merah,halia ( semua bahan dikisar ),kicap dan garam.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan lada kering
3. Masukkan perapan daging kambing kedalam tumisan. Biarkan seketika.
4. Tambahkan dua cawan air dan biarkan ia mereneh seketika.
5. Reneh sampai daging empuk
6. Masukkan Mee kering, lada benggala dan hirisan cili kering/cili api. Perasakan dengan garam secukup rasa.
7. Siap untuk hidangan - psst, sediakan juga jus roselle sejuk...pasti kepuasannya tidak tergambar :)



Komen dan share kepada kawan-kawan awak yang awak rasa diorang mesti nak tahu tahu pasal resepi ni :)

Friday, December 5, 2014

Serunding Mokku Jenama Orang Desa

Serunding Mokku 

adalah jenama yang diberi untuk tujuan meluaskan pemasaran serunding. Dibuat secara cara tradisional oleh pembuat serunding tempatan di Kuala Terengganu pasti tidak sama dengan pembikinan serunding secara moden. Cara dan metod penghasilan yang lebih teliti, memakan masa yang panjang, dan kesabaran yang tinggi pasti membuatkan rasanya asli dan unik.  Serunding pada satu masa digunakan sebagai makanan  untuk memberi rasa tambahan di dalam makanan melayu, mungkin juga sebagai lauk bagi sesetengah orang. Rasa daging yang dimasak dengan rempah-ratus pasti membangkitkan selera ditambah makan dengan masakan panas, pasti boooom....dan hendak lagi...

Dihasilkan oleh penduduk kampung di Kuala Terengganu, atas jenama Serunding Mokku, bertujuan membantu usahawan kecil memasarkan produk mereka ke serata Malaysia dengan medium internet. Kita semua tahu, angka 2015 pasti membawa cabaran ekonomi yang lebih cekal untuk kita semua hadapi, justeru usaha pemasaran yang sebegini dapat meningkatkan dan membantu kedudukan ekonomi mereka disamping mempromosikan hidangan tempatan ini keserata Malaysia. Unik, dihasilkan hanya menggunakan daging tempatan asli, pasti memberikan rasa lebih segar dan enak. Berminat dan ingin dapatkan produk usahawan desa ini? Sila ke FB kami untuk info selanjutnya :)


p/s: kami juga membuka peluang kepada para pelajar yang inginkan pendapatan tambahan di universiti/kolej. Sila berhubung di FB kami :)

Wednesday, December 3, 2014

Rebranding Serunding Mokku

Salam sejahtera rakan-sahabat sekalian,
Penat selama 4 hari menghabiskan masa di Shah Alam menghadiri seminar Dr. Azizan Osman masih belum habis. Aura-aura positif masih lagi membara untuk membantu meningkatkan ekonomi untuk menghadapi tahun-tahun depan yang lebih getir, bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi juga kepada sekalian masyarakat.
Alhamdulillah, malam ni ambik sedikit masa untuk mentelaah kembali dan membuat sedikit rebranding kepada produk serunding mokku. Rekabentuk packaging yang insyaalah lebih menarik dan segar sebahagian daripada proses pemasaran yang akan dibuat kelak. Jom lihat !


Insyalah bermula hari ini juga kami di Serunding Mokku akan memberi dan berkongsi peluang untuk mana-mana individu samapada pelajar, atau mereka yang mencari peluang perniagaan untuk mendapat pendapatan sampingan dengan menjadi agen. Ha.ada berita BAIK! ...kami ada sesuatu yang menarik bagi mereka yang berjaya menjadi antara 10 orang yang terawal. Apa dia? Nanti....

Wednesday, September 24, 2014

Serunding Mokku Terengganu | Promosi Aidiladha

Selamat Pagi..berita baik untuk kawan-kawan, PROMOSI EIDULADHA ! Serunding baru siap (21/9/2014), Daging tempatan ( bukan import ), penghantaran segera sekitar kuantan, PM untuk order! atau ke http://serundingmokku.blogspot.com/p/tempahan.html
Harga
250 g = RM 20
500 g = RM 38
1kg = RM 70
Postage
+ RM4.50 untuk kemana-mana destinasi di semenanjung.
+ RM5.50 untuk Sabah/Sarawak
Jazakallah 

Monday, September 22, 2014

Serunding Daging Tempatan Terengganu | Citarasa Asli


Enak dimakan bersama nasi panas, nasi impit, ketupat,lemang, bubur, roti dan pelbagai lagi.Bekalan untuk anak balik asrama, atuk nenek ke Mekah, bersahur, dan menu ringkas ketika bercuti & melancong pasti mengingatkan anda kepada kampung halaman.
Berminat pada hidangan mudah yang sedap,sihat dan tahan lama ini? PM untuk tempahan atau hubungi 011-14982590, penghantaran PERCUMA sekitar Kuantan.
Harga
100 g = RM 10
250 g = RM 22
500 g = RM 40
1kg = RM 75
Atau dapatkan maklumat lanjut di Facebook Page kami di https://www.facebook.com/serundingmokku