Friday, December 5, 2014

Serunding Mokku Jenama Orang Desa

Serunding Mokku 

adalah jenama yang diberi untuk tujuan meluaskan pemasaran serunding. Dibuat secara cara tradisional oleh pembuat serunding tempatan di Kuala Terengganu pasti tidak sama dengan pembikinan serunding secara moden. Cara dan metod penghasilan yang lebih teliti, memakan masa yang panjang, dan kesabaran yang tinggi pasti membuatkan rasanya asli dan unik.  Serunding pada satu masa digunakan sebagai makanan  untuk memberi rasa tambahan di dalam makanan melayu, mungkin juga sebagai lauk bagi sesetengah orang. Rasa daging yang dimasak dengan rempah-ratus pasti membangkitkan selera ditambah makan dengan masakan panas, pasti boooom....dan hendak lagi...

Dihasilkan oleh penduduk kampung di Kuala Terengganu, atas jenama Serunding Mokku, bertujuan membantu usahawan kecil memasarkan produk mereka ke serata Malaysia dengan medium internet. Kita semua tahu, angka 2015 pasti membawa cabaran ekonomi yang lebih cekal untuk kita semua hadapi, justeru usaha pemasaran yang sebegini dapat meningkatkan dan membantu kedudukan ekonomi mereka disamping mempromosikan hidangan tempatan ini keserata Malaysia. Unik, dihasilkan hanya menggunakan daging tempatan asli, pasti memberikan rasa lebih segar dan enak. Berminat dan ingin dapatkan produk usahawan desa ini? Sila ke FB kami untuk info selanjutnya :)


p/s: kami juga membuka peluang kepada para pelajar yang inginkan pendapatan tambahan di universiti/kolej. Sila berhubung di FB kami :)

No comments:

Post a Comment